SEJARAH PERSATUAN

Persatuan Ibu Tunggal Terengganu ini diasaskan oleh Allahyarham Dato Azman di bawah kerjasama Yayasan Pembanggunan Keluarga Terengganu pada tahun 1999. Persatuan ini ditubuhkan untuk menjaga kebajikan ibu-ibu tunggal.
Tenaga penggerak persatuan ini pada masa tersebut ialah Dato Wan Halim. Di awal penubuhan pada, jumlah ahli kelab adalah seramai 224 orang di bawah gabunagan MPITM (Majlis Pertubuhan Ibu Tunggal Malaysia)



WANITA YANG DI KATEGORIKAN SEBAGAI IBU TUNGGAL:

Seseorang wanita ditakrifkan sebagai ibu tunggal sekiranya berada dalam situasi berikut :-

  • Wanita yang kematian suami dan dia meneruskan tugas membesarkan anak-anak.
  • Wanita yang telah bercerai dengan suami dan diberi hak penjagaan ke atas anak-anaknya.
  • Wanita yang tidak diberi nafkah oleh suami untuk menyara hidupnya dan anak-anaknya.
  • Wanita yang berada dalam proses penceraian (yang mungkin akan mengambil masa yang panjang).
  • Suami uzur dan tidak mampu menyediakan nafkah dan memerlukan penjagaan rapi.
  • Wanita yang membesarkan anak orang lain tanpa pertolongan suami.



Peranan Persatuan Ibu Tunggal

  • Mengumpul data dan maklumat berkaitan Ibu Tunggal dan pemasalahan yang dihadapi.
  • Mengadakan program bimbingan/dialog/ perbincangan berkaitan dengan keperluan ahli.
  • Mengadakan program yang menambah pengetahuan, kesedaran seperti bengkel, ceramah, kursus dan lain-lain yang berkaitan.
  • Mewujudkan saluran yang dapat membantu peningkatan ekonomi Ibu Tunggal.

0 comments:

Post a Comment